Menuju Malaysia Unggul
PENEGAKAN
Perjuangan Zamani Ibrahim
PENEGAKAN
Memperkasakan Bidang Mahkamah Syariah
Menyeragamkan undang-undang syariah antara negeri-negeri bagi mengelakkan ketidakkonsistenan dan kekeliruan serta menggubal undang-undang Islam yang komprehensif dan moden yang sesuai dengan keperluan semasa umat Islam di Malaysia.
Menambah bilangan peringkat mahkamah syariah (contoh: daripada tiga ke lima peringkat) untuk membolehkan proses rayuan dan semakan yang lebih terperinci dan professional serta menubuhkan Mahkamah Syariah Persekutuan yang berfungsi sebagai mahkamah tertinggi bagi kes-kes syariah di seluruh negara, setaraf dengan Mahkamah Persekutuan.
PENEGAKAN
Mengangkat Ekonomi Melayu
Memperkuatkan dasar ekonomi yang memberi keutamaan kepada pembangunan usahawan Melayu melalui penyediaan insentif cukai, geran khas, serta kemudahan mendapatkan lesen dan permit bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Bumiputera. Menyelaraskan dasar sokongan ini di peringkat persekutuan dan negeri agar pelaksanaannya lebih berkesan dan menyeluruh.
Mewujudkan dana khas hasil kerjasama kerajaan dan sektor swasta bagi menyokong usahawan Melayu di peringkat awal dan fasa pengembangan perniagaan, termasuk akses modal kerja, bimbingan teknikal, dan peluang jaringan.
PENEGAKAN
Mengangkat Pendidikan Melayu
Memastikan sekolah di kawasan majoriti Melayu, khususnya luar bandar dan pedalaman, mendapat autonomi lebih besar untuk menyesuaikan pengajaran dengan keperluan setempat yang berbeza. Menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam pembangunan kurikulum kontekstual yang relevan dengan realiti sosial dan ekonomi semasa.
Meningkatkan kemudahan asas, akses digital meluas, dan latihan berkualiti guru bagi memastikan kualiti pendidikan luar bandar setanding sekolah di bandar. Menyediakan insentif khas tambahan kepada guru pedalaman untuk meningkatkan motivasi dan kestabilan tenaga pengajar.
Artikel khas oleh Zamani Ibrahim.
Artikel
Peruntukan Tanah Rizab Melayu
Saya sebenarnya kecewa dengan pendirian kerajaan yang tidak memasukkan pengukuhan tanah rizab ...
Artikel
Lucut Kewarganegaraan TKS
Saya merasakan perlunya Kabinet melucutkan kewarganegaraan Tiong King Sing jika beliau terus ...
Artikel
Pemimpin Jujur & Cekap
Pastinya seseorang yang memiliki kehebatan berkata-kata dalam masa yang sama mempunyai kehebatan ...